Saturday 12 September 2015

Syoknya Bekerja Dari Rumah - Part 2 : Berpeluang Menjaga Ibu Yang Sakit

Lama dah tak update tentang WAHM (Work at home mother). Saya sangat obses tentang WAHM. Sebab itulah saya jadi WAHM. Sebenarnya selain bisnes Shaklee dan menguruskan rumahtangga, saya juga berpeluang menjaga ummi yang tinggal di sebelah rumah saya. Syukur juga dapat tinggal berdekatan dengan rumah Ummi walaupun rumah sewa. 

Ummi sebelum ni bekerja sebagai guru tapi sekarang dah pencen. Sebelum pencen lagi beliau sering sakit-sakit. Ada penyakit darah tinggi - selalu pening-pening dan juga penyakit Parkinson - yang membataskan pergerakan beliau. Perlu bantuan orang dalam hampir semua perbuatan.  

Dengan menjadi WAHM, dapatlah saya menjaga beliau, di samping adik-adik yang tinggal sekali dengan Ummi. Kalau masih bekerja, memang tak dapat. Walaupun apa yang saya lakukan ini sangat sedikit - tidak dapat membalas jasa beliau membesarkan saya, saya sangat bersyukur. 



Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
Sms/whatsapp 013-924 3387


No comments:

Post a Comment