Tuesday 2 September 2014

17 Sebab Anda Perlu Lebihkan Pengambilan Omega 3 - Part 2

Entry ini adalah lanjutan daripada entry terdahulu tentang kepentingan Omega.

17 sebab anda perlu mengambil Omega-3 - Part 1 


6. Merendahkan tekanan darah 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan lebih ikan dalam diet mereka mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak makan ikan. Omega 3 menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah. Kebaikan Omega 3 lebih jelas dilihat pada mereka yang telah pun mengalami hipertension. Satu kajian terbaru menunjukkan mereka yang mengambil suplemen minyak ikan dalam dos yang tinggi mampu melindungi jantung dari stress akibat kerja.


7. Melegakan kesakitan (Pain-killer)

Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi (radang atau bengkak) yang berkaitan dengan sendi atau otot yang biasanya diatasi dengan pengambilan ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen. Dalam satu kajian, 250 pesakit yang mengalami kesakitan yang kronik telah mengambil 1.2 g DHA/EPA setiap hari. Keputusan menunjukkan kira-kira 60% daripada pesakit tersebut berpuas hati dengan perubahan yang dirasai setelah mengambil minyak ikan. Kesimpulan daripada kajian ini, pengambilan suplemen EPA/DHA mungkin lebih selamat daripada pengambilan NSAIDs untuk mengurangkan kesakitan.

8. Penting untuk kesihatan mata

DHA Omega 3 terdapat pada retina, macula dan bahagian mata yang lain. Kajian menunjukkan DHA memainkan peranan penting dalam kesihatan mata. Bahkan, DHA terdiri daripada 93% Omega 3 dalam tisu mata. Sesetengah kajian juga mendapati supleman DHA mampu memperbaiki kesan visual pada bayi pramatang.  




9. Omega-3 mengurangkan gejala asma

Asma sering dikaitkan dengan faktor persekitaran dan juga faktor pemakanan sebagai faktor utama. Beberapa kajian mendapati pesakit asma mempunyai kadar omega-3 yang rendah dalam tubuh berbanding mereka yang tidak menghidap asma. Beberapa kajian lain menunjukkan diet yang kaya dengan omega-3 (dan lebih rendah omega-6) memberi kesan positif kepada pesakit asma. 


Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen anda :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 3059


2 comments: