Tuesday 17 December 2013

17 Sebab Anda Perlu Mengambil Omega 3 - Part 1

Lanjutan daripada entry saya yang terdahulu, saya ingin kongsikan tentang 17 sebab anda perlu mengambil Omega 3. 

1. Mencerdaskan fikiran 

Ikan digelar 'brain food' (makanan untuk minda). 60% daripada 'grey matter' iaitu salah satu bahagian dalam otak terdiri daripada lemak. Pengambilan Omega 3 telah terbukti mampu meningkatkan kesihatan minda di kalangan bayi sehinggalah golongan yang telah lanjut usia. Omega 3 mampu mengekalkan aliran darah yang sihat (ke otak) dan memberi struktur dan integriti kepada sel membran dalam otak. 










2. Mengurangkan risiko kanser 

Banyak kajian telah membuktikan bahawa Omega 3 mampu mencegah sesetengah jenis kanser, termasuklah kanser payudara dan kanser kolon. Antara hasil kajian tersebut, didapati Omega 3 menghalang pertumbuhan sel tumor. 



3. Hidup lebih lama  

Strok merupakan punca kematian yang keempat terbesar di Amerika Syarikat dan 80% daripadanya sebenarnya boleh dicegah. Strok berlaku apabila saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat, menyebabkan bekalan darah terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Omega 3 mengurangkan risiko-risiko (yang boleh dikawal) yang menyebabkan strok, termasuklah kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes dan arterosklerosis. 



4. Meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan kolesterol jahat (LDL)

Diet dengan melebihkan pengambilan Omega 3 dan mengurangkan lemak tepu mengekalkan kolesterol baik (HDL) pada paras yang tinggi dan mengekalkan kolesterol jahat (LDL) pada paras yang rendah. American Heart Associations mencadangkan supaya orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan (terumanya ikan 'cold waters') setiap minggu untuk mendapatkan 500 mg sehingga 1 g Omega 3 sehari.  

Bagi yang tinggal di negara iklim sejuk mungkin tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan ikan 'cold waters' seperti ikan salmon atau ikan kod. Namun bagi kita yang tinggal di Malaysia, pilihan terbaik ialah dengan mengambil suplemen Omega 3.

KOLESTEROL BAIK HDL KOLESTEROL JAHAT LDL


5. Memperbaiki kesihatan kulit 
Kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya dan Omega 3 juga mempunyai fungsi yang sedemikian. Satu kajian mendapati bahawa asid lemak Omega 3 membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.




Bersambung ke Part 2.

Hubungi saya jika ingin mencuba vitamin Shaklee:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 0139243387

No comments:

Post a Comment